Thursday, January 20, 2011

Sayang Kamo..

nadia..
bagai sinar sang suria
bercahaya menyinari alam maya
nadia ..
redup mata bak cahya
berkilauan menembusi hati ini

lentik alis ..
menambah..
ayu wajahkan tergoda
siapa yang..
memandang parasmu

bagai mencari rembulan
di siang hari takkan bertemua
nadia...
bagai mengejar mentari
di malam hari takkan berjumpa

nadia..
pujuk diri,rajuk di hati ini
menenangkan perasaan terpendam
tidak akan dapat memenangi
dirimu NADIA..

tapi ku tahu...
tak bisa kita dapat bersama..
kerana ku lebih mengerti..
siapa diri...
kusedar kini,tak mungkin bersamakan berlari...
nadia kau di tempat yang tinggi..
ku hanya insan seni..

Wednesday, January 19, 2011

dia kekasih Allah- hijjaz







Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah

Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

tenangkan hati dgn mendgr nma2 ALLAH..

Tuesday, January 18, 2011

Allah benci Orang yg Menguap???

Ada hadis yg diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad dan At-Tarmizi yg berbunyi,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yg demikian itu drpd syaitan yg mentertawakan kamu.”Makruh tau klo kita mengankat suara...

Hah!!!apa lgi lpas ni kena la tahan menguap sekadar yg mampu jew la...jngan paksa diri kang lain jadi ae... Diriwayatkan oleh al-Bukhari drpd Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yg bersin, dan membenci orang-orang yg menguap.Maka apabila seseorang kamu bersin,lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’,maka adalah hak atas setiap Muslim yg mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallah’.Adapun menguap itu adalah drpd syaitan.Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu.Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.”

 Klo nak menguap sangat jangan lupa ltak tangan tutp mulut...Diriwayatkan olh Muslim drpd Abu Said al-Khudri r.a.,Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan msuk (melalui mulut yg terbuka)

Aish...baik  kita jaga2...entah brapa bnyak la syaitan dah msuk...huhuhhuu...Nauzubillah....Waallahualam...

Sunday, January 16, 2011

rahsia bulan kelahiran kta..(jan & mei)


JANUARI ( YAYA)
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi


MEI (APIH)

Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros





Tips Motivasi-4 Petua Mengelak Rasa Boring


Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

kau kesayanganku


Penyanyi: Screen
Tajuk Lirik Lagu: Kau Kesayangan Ku
Tika kita bersua hati mula tergoda
Payah nak dilupakan walau seketika
Tidak pernah terduga cinta mula berputik
Bagai kan tak percaya aku jatuh hati
Kaulah kekasih yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya
Kaulah kekasih
Yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya
Hati usah diduga hanya mengundah resah
Cinta di hati ini hanyalah untukmu
Kau kesayanganku penyeri hidup ini
Haruman kasihmu melekat di jiwa