Sunday, February 13, 2011

Kelebihan Memotong Kuku Dan Cara Memakai Cincin~

KELEBIHAN MEMOTONG KUKU~


RASULULLAH S.A.W BERSABDA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR !! jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua binatang tersebut.Potonglah kuku tu.. ^ ^

JANGAN ADA NIAT SIMPAN KUKU PANJANG ! ! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

PERCAYALAH !!

Untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.

Mengenai kelebihan pemotongan kuku.. hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang mana ianya adalah hadis dhaif.

Tiada hadith-hadith yg sahih mgenainya.. walau pun tiada bukti kesahihannya,namun ianya tidaklah memudaratkan dan kalau ianya benar.. SubhanAllah!! besar nikmatNya..

wallahu a'lam..

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya: 

"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].

Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.Ini tak termasuk korek taik hidung,telinga dan sewaktu dengannya.Sekarang ni ramai yang pakai cincin.Tapi ikut suka dia je... SUNNAH NABI JARANG NAK IKUT ! ! ^ ^

~CARA MEMAKAI CINCIN~



NASIHAT Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ.Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan,Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari:




1] JARI MANIS

2] JARI KELINGLING (ANAK JARI)

Dan JANGAN MEMAKAI PADA JARI,

1] JARI TENGAH

2] JARI TELUNJUK

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah MENIRU cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu KAUM YANG DERHAKA DI ZAMAN NABI LUT A.S.

PERHATIAN ! ! !

Cara memakai cincin adalah termasuk LELAKI atau pun PEREMPUAN.

saudara dan saudari,sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT.Nabi SAW. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita dapat PAHALA... ^____^

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU. INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH.

No comments:

Post a Comment