Tuesday, January 31, 2012

kuar date dgn sahabat2

assalamualaikum korang..
dh seminggu yaya tak update blog..uh,biasala kekeringan idea..huhu
tp hari ni saje meringankan tulang2 jari untuk menaip entri buat pembacaan diri sendiri ,almaklum la sebab takde orang nk baca entri yaya ni kan..halah,touching..hihi
okey,entri ni yaya hanya dijadikan sebagai diari dalam hidup..mungkin dengan cara ni,masa akan datang bila yaya baca entri ni teringat kembali kenangan2 lalu kan..lagi2 kenangan bila bersama teman2 dan sahabat..
****************************************************************************
semalam 30 jan 2012,yaya kuar date dengan sahabat2 fb (berkenalan dalam laman mukabuku)..kitorang berkenalan sudah hampir 2 tahun tapi ase macam dh kenal 10 tahun..dan sebelum2 ni hanya berhubung melalui mukabuku dan kekadang melalui telefon..banyak juga kebaikkan pengaruh mukabuku ni kan kalau kita betul2 pandai memanfaatkannya..okei proceed..sebenarnya kitorang bukan buat kali pertama kuar date bersama tp selama 2 tahun kenal,baru 2 kali kitorang berjumpa maklumla,masing2 sibuk dengan study..
perjumpaan kitorang semalam hanya menghabiskan masa dengan makan makan dan makan..maaf,kami memang suka makan,lebih2 lagi yaya..ehehe.. dari jam 10pagi sampai 4 petang berada di kbmall,keje kami makan makan dan makan je..haha..lepas makan,kitorang main bowling..btw,yaya 1st time men bowling dan terus jadi juara masuk longkang..hikhik,normal la tu kan..then semua macam dah penat,kami beransur-ansur untuk pulang tapi tak puas rasanya menghabiskan masa dgn dyorang yg sangat2 sporting..
plan masa akan datang,nk berpicnic lak..hihi..
insyaAllah,ad rezeki pjg umur bole jumpe lg..kenangan yang sangat bermakna,tQ semua ^_^

inilah kami..



 ‎.. Jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi pengorbanan dan keikhlasan..jika dilihat pulau itu indah, indah lagi sebuah pertemuan..jika dirasa mutiara itu bernilai, bernilai lagi sebuah persahabatan.. berkawanlah selagi ada hati, bergembiralah selagi ada teman disisi, ingatlah seseorang selagi terasa ia bererti.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku .. BFF ^_^


notajarijemari:: xmau upload pic manyak2..hihi

Monday, January 23, 2012

apa itu ikhlas?

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.
Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.
Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.
Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.
Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,
'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
 (Hadis Qudsi).
Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

notajarijemari :: 
keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang amat kelam. ianya wujud tapi amat sukar dilihat..Hati-hati menjaga hati:)

Sunday, January 22, 2012

22 sudah ..

assalam..korang apa khabar ? apa yang 22 sudah tu?haa,meh nk bebel..
22 Januari 2012 , maka genaplah usiaku 22 tahun.hah?!22tahun dh..alah,ingatkan apa yang 22 tu kan..ngeh3..hm,nampaknya dah makin bertambah angka dan yang pasti fizikal tetap tidak membesar..hehe..Alhamdulillah,sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara/oksigen di mukabumi ALLAH swt ini..apa yang pasti,diusia ini mengharapkan agar diri ini menjadi lebih lebih dan lebih matang,juga tabah dalam menghadapi segala ujian dan rintangan dalam kehidupan yang mendatang..insyaAllah :)
kek ni kejutan dari abg yaya..TQ bro..tak lupa jgk kak ipar n adik yg menjayakan  plan ini ^_^

Thursday, January 19, 2012

rahsia personaliti warna

assalam :)
entri kali ni bercerita tentang warna..dan mesti korang ad warna kegemaran kan.agak2 warna apa ye..hm,xpe..fikir dulu(dh macam nak jawab exam lak kan)hihi..
smbil korang fikir tu,yaya teruskan membebel okeyh..ngee..dan tahukah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda..tahukah anda?xtau?meh nak bagitau :) Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang..
mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.
  • MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
  • BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

  • KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
  • HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
  • KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.
  • COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.
notajarijemari : warna kegemaran yaya>>merah jambu , kuning dan oren(tp oren xde lak)

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday : kucing


notajarijemari :: kucing pun nak bergaya..hehe

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
::kdt to iluvislam::

Thursday, January 12, 2012

Rindu yang tiada makna

Sesungguhnya aku merindui saat terindah yang pernah meniti dalam hidupku.
Betapa aku rindu saat bila mana kita selalu bersama disaat suka dan duka.aku rindu.
Aku rindu akan memori2 terindah yang pernah kita cipta bersama.aku rindu.
Rindu pada gelak ketawamu,rindu pada gurauan nakalmu.aku rindu.
aku rindu saat kau muncul dihadapan rumah untuk menjemputku.aku rindu.
aku rindu saat menghabiskan masa menonton perlawanan bola sepak.aku rindu.
aku rindu bila kau tidak lagi menjadi tukang rasa masakan aku.aku rindu.
aku rindu saat kita makan bersama.aku rindu.
Bila diingat kembali,kenangan2 itu membuatkan aku tergelak sendirian walaupun dalam hatiku hanya tuhan yang tahu.aku tahu kau sedang bahagia bersama dia yang baru dan aku doakan kau sentiasa bahagia.kau berhak mendapat seseorang yang lebih baik.Andai kau terbaca entri ini,aku ingin kau tahu bahawa aku sama sekali tidak pernah menyalahkan dirimu dengan keputusan yang pernah kau buat walaupun ia membuatkan hatiku hancur berkecai.aku anggap ini semua dugaan dan mungkin cinta ini bukan milik kita.aku redha.aku rindu.
p/s : sabarlah wahai hati
                                                   ramalanku benar belaka-umbrella

Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu... ku memikirkannya

Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau... pelepas sepi Cuma


Seumpama... dedaunan...
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan... ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan

Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama
Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah



notajarijemari:mood jiwang habes !!

Monday, January 9, 2012

berteka teki

ni merupakan entri kedua pada hari ni .. amboi,pesal rajin bebenor kau wat entri hari ni yaya oi ..hehe..alah,tak perasan lak aku terlebih rajin hari ni..ngeh3..okei,entri malam ni yaya nak bagi teka teki ntok korang semua..
jom mulakan..kat bwh ni ad 5 teka teki..korang cuba la jawab ye :)
1- ikan apa yang paling malu?
2- ular apa yang pandai penyapu?
3- kalau semua ikan jadi burung,brung jadi ape?
4- kat mane banyak bulan tapi xde bintang?
5- dalam banyak2 kotak d dunia,kotak ape yang xboleh diangkat?

notajarijemari:: selamat mencuba..

Sunday, January 8, 2012

indahnya ciptaan ALLAH

assalamualaikum korang2 semua..
entri kali ini bersangkutpaut dengan apa yang yaya alami sebentar tadi..apakah? hehe..korang pernah lihat lautan awan secara dekat?pernah masuk dalam awan?mungkin korang pernah alami jika pernah naik kapal terbang..kalau sudi baca,tolong bolatkan mata korang..kalau tak nak bolatkan mata baca entri yaya pun xpe..tau mcmne caranya ? senang aje,halakan "tikus" anda ke arah pangkah sebelah kanan kt lappy anda dan klik laju2..xde ye?ape ke pelik bebenor..apa susah,tutup je terus lappy korang tu..haha..
haihh,sudah2 la melalut yaya oi..ok3..berbalik pada cite asal..hmm,yaya pun buat kali pertamanya mengalami pengalaman ini.SubhanAllah,begitu indah ciptaanNYA.bila berada d awang-awangan,dh rase mcm berada di syurga tenang je,insyaAllah..amin,mudah-mudahan..mungkin sebab dikelilingi oleh awan yang memutih umpama gula2 kapas tu..kelihatan begitu lembut,teringin jugak nak pegang tp apakan daya memang xkan boleh la kan nak pegang awan kalau dalam flight..takkan nak suruh "abg pilot" berenti tengah2 awan then bukak pintu dan pegi main awan..memang tak masuk akal..aduii,yaya melalut lagi..maaf!maaf!hehe..
#sesungguhnya aku begitu kagum dengan setiap ciptaanMU ya ALLAH..

notajarijemari:: berada 21 000 kaki dari aras laut..tggi kot,kalau terjun confirm mati..

Thursday, January 5, 2012

kesepian

assalam..pe khabar korang ? dh lama rasanya diri ini tidak meng'update' blog yang tak seberapa ni..sampaikan shoutbox dan freedjit dh deactive dengan sendirinya..memang macam tu ke ? yaya pun xtau sebenarnya..hehe..rindu teramat untuk kembali aktif berblogging tp apakan daya,tiada kesempatan dan menghadapi masalah sedikit..dan kini,alhamdulillah hari ini jumaat 6hb januari berkesempatan menaip new entry :)
notajarijemari :: title diatas tiadalah kaitan dengan entry ini .. hehe

melakar cinta dipintu syurga ..

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga ..