Wednesday, May 23, 2012

perempuan..wanita..

Assalam readers and stalkers ..

silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.

janji manis dibibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

makanya,
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.

bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.

wassalam..

letak gambar sendiri..hehe



Sunday, May 13, 2012

masalah ?

Assalam readers..




Anda pernah menghadapi masalah? saya yakin anda semua pasti pernah ada masalah.
bila kita menghadapi sebarang masalah,perkara paling penting adalah kita perlu bertenang terlebih dahulu,barulah kita dapat berfkir dengan baik dan waras.setuju? sebab tu ada quote yang menyatakan " jangan membuat keputusan semasa anda marah"kerana apa?kerana bila kita marah ,akan banyak point2 negatif daripada positif yang mempengaruhi setiap keputusan yang akan dibuat.setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.dan ketahuilah,setiap manusia itu ada masalah tersendiri cuma cara manusia itu mengatasi masalah itu berbeza.

kekadang apabila kita melihat seseorang itu gelak ketawa,lantas kita sangkakan seseorang itu bahagia dan tiada masalah.sebenarnya mungkin apa yang kita sangka itu salah.tiada seorang pun yang tau apa yang ada didalam hati seseorang itu.dan apa yang pasti,hanya ALLAH SWT yang tahu 

wassalam =)

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI JURURAWAT

Assalam readers..

Hari Jururawat Antarabangsa  ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat.

Alhamdulillah...ALLAH pilih saya diantara berjuta hambaNYA untuk berkhidmat dalam medan tempur ini.akanku gunakan medan tempur ini untuk mencari pahala dan redhaNYA dengan membetulkan niat untuk ikhlas membantu dan merawat masyarakat.walaupun banyak dugaan menjadi jururawat,saya bersyukur kerana pasti ad hikmahnya Allah memilih saya menjadi seorang jururawat yang bertauliah.saya pasti setiap aturanNYA buat kita adalah yang paling terbaik untuk hidup kita.

saya bangga menjadi seorang jururawat !

Wednesday, May 9, 2012

hatiku milik-Mu

Assalam readers..

dulu aku sering kali terluka.
tetapi luka itu juga yang buat aku kuat hari ini.
kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang sebenar..lebih mengenal apa erti hidup.hidup kerana DIA dan bukan kerana dia..
terima kasih,aku kini lebih tenang.
dulu aku penah lalai dengan cinta manusia,tapi kini aku sedar..cinta manusia tak kemana andai tidak berlandaskan cinta dariMu.
terima kasih Ya Allah...besarnya nikmatMu.
HATI2 JAGA HATI

Ketawa disebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa.memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya..
maaf,saya dalam mood jiwang lagi..heheh^^