Thursday, March 29, 2012

PELANGI SELEPAS HUJAN

Assalam readers and stalkers ..
jom tukar persepsi.. 
Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan...

Allah bagi ujian sebab sayang. kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran.kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. kan?Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. kan?

Jadi, jangan putus asa. jangan pernah putus asa. Rahmat Allah sentiasa ada insyaAllah....

Dah boleh berhenti dari menangis. dah boleh kesat air mata. dah boleh lupakan segalanya. dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa... 

Ujian itu tanda kasihNYA pada kita, DIA menilai dari bagaimana kita tangani ujian yang didatangkanNYA. AturanNYA cukup sempurna jgn calitkan dengan keraguan kerana yakinlah, sesudah ujian didatangkan, pasti ada bersamanya penyelesaian & peringatan. SENYUM ^_^


dan ketahuilah ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)

wassalam...

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

taktau nak cakap apa,kesian kucing ni..hhihi.. tapi comel ..kikiki =)

Tuesday, March 27, 2012

DUHAI KEKASIH

Assalam readers dan stalkers ^_^


Duhai Kekasih…

Perasaan yang lahir dari hati ini,
Kerana kasih dan cinta Ilahi,
Kudus murni bagaikan permata suci,
Dan di sinilah segalanya dimulai.

Duhai Kekasih…

Bibir ketandusan ungkapan berbicara,
Untuk meluahkan rasa cintaku pada-Nya,
Petunjuk Ilahi menderai bahagia,
Kerana itulah cinta yang sebenarnya.
Wahai Tuhan kurniakan kekuatan jiwa,
Untuk ku buktikan cinta-Mu tiada kecewa,
Namun apakah dirinya bisa menerima,
Di kala aku sukar menyusun bicara.
Aku redha pada ketentuan-Mu nanti,
Usah leraikan apa yang sudah dipatri,
Andai dirinya tercipta untuk diriku ini,
Satukanlah hati kami kekal abadi.

Duhai Kekasih…

Andai daku bisa menyusun bait kata-kata,
Peliharalah kesuciannya dari dosa dan noda,
Bersemilah kasih kekal selamanya,
Bahagia abadi kekal hingga ke syurga.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday

"hai nama saya emon,saya xpernah naik kete.sebab tu saya nak tengok apa yang bergerak2 tu.macam cantik je mende yang warna hijau tu.eheee"

notajarijemari ::kucing pun pandai menikmati keindahan alam.hihihi

Tuesday, March 20, 2012

BELAJARLAH UNTUK SETIA

Assalam readers dan stalkers..

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati..Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
notajarijemari :: hidup kita umpama roda dan hukum sunnatullah senantiasa ada.

Monday, March 19, 2012

AKU MENYAYANGIMU

Assalam readers ^_^


Kau tak pernah merasai sendunya hati 
kau tak pernah tahu hebatnya cintaku ini 
kau tak menyedari dahsyatnya gelombang rindu diri 
aku yg terus saja melayari mimpi-mimpi sendiri . .
....................................................................................................................
menyayangimu bukannya suatu kebohongan diri 
mencintaimu dari awal sudah bersemi 
namun kau yg tak pernah mengerti 
selalu saja aku yg kau sakiti ..
......................................................................................................................
andaikan tangisku kuadukan pada mentari
pasti pagi ini akan menangis menghujani bumi
tetapi kutahankan sebaknya di dalam hati
kuhalang air mata ini tertumpah dipipi
agar mentari terus bersinar dan tidak bersembunyi ..


notajarijemari : mood jiwang pagi ..hihi ;)

Thursday, March 15, 2012

kurenung bintang di langit

Assalam readers..


ku renung bintang di langit terus bersinar
berkelip bagai jantungku masih ada
ku ukir namamu kasih dilubuk hatiku
kerna cintaku ini untukmu selamanya
nafas yang tercipta ataupun terbuka
kasihmu ku ada mengenal erti cinta
ku tulis coretan ini dalam kerinduan
buat dirimu kasih yang selalu ada diingatanku
diriku ada untuk seketika 
cinta ini tak akan pernah ada yang lain
dirimu ada untuk selamanya
ku akui dihatiku
kau yang selalu ada ...
                                                   coretan buat insan tersayang =)

Monday, March 12, 2012

KESIHATAN: APA ITU LESUNG PIPIT?

Assalam readers..

Agak keterlaluan saya rasa kalau menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai lesung pipit itu cacat.Tapi tahukah anda apa itu lesung pipit dan macamana ia boleh berlaku?okei,jom baca..

Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan oleh otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua,keadaan ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.
Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi..

Menurut sumber juga,lesung pipit adalah penyakit keturunan.peratusan untuk menurun kepada anak adalah sebanyak 25-50%.

Sumber : Wikipedia

Thursday, March 8, 2012

REDHA DAN PASRAH

Assalam readers..

Kabare hari ini?harapnya sihat semuanya ye..
Entry kali ini,Cuma untuk menyatakan pendapat ak tentang redha dan pasrah.Apa redha dan apa pasrah?Anda taktau?Anda kurang faham?
Okei,meh cni..sila bukak itu mata comel kasi luas dan kasi boley baca ini entry dengan jelas..hihi..
Maklumat ini melalui media massa(ceramah dalam tv) dan pembacaan buku-buku dan blog.
Redha : menerima segala ketentuan Allah swt tanpa mengungkit kembali dan berusaha berusaha untuk mengubahnya.contohnya,ketika sesuatu yang tidak diinginkan dating menimpa,kita dituntut untuk redha.dalam perngertian menyakini bahawa apa yg telah dating menimpa adalah takdir yg telah Allah tetapkan tetapi kita tetap dituntut untuk berusaha.
Manakala pasrah pula,
Pasrah : juga menerima ketentuan Allah swt tetapi dengan menerima kenyataan tanpa berusaha untuk mengubahnya.kita tidak seharusnya bersikap sebegitu.

“ Redha itu rela,pasrah itu menyerah”

Allah berfirman,”Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS 13: 11).

Wassalam..

HARI WANITA SEDUNIA

Assalam semua..
Hari ini tanggal 8mac 2012,tarikh setiap tahun yang mengiktiraf wanita seluruh dunia.
Apa yang anda tahu tentang hari wanita sedunia?
Hari wanita sedunia adalah satu hari yang meraikan pengorbanan dan peranan seorang wanita terhadap agama,negara dan keluarga terutamanya.banyak pengaruhnya insan yg bergelar wanita ini,wanita adalah kejadian terindah yang dicipta Allah s.w.t untuk penyeri dunia dan pelengkap kepada seorang insan bernama lelaki.itu fitrah.perempuan untuk lelaki dan lelaki untuk perempuan.perlu saling melengkapi.sempena hari wanita sedunia hari ni, wahai lelaki hargailah wanita dalam hidup anda terutama ibumu dan kepada kaum wanita sendiri,hargailah diri anda...

“Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia”

“learn patience from asiyah,loyalty from khadijah,purity from maryam,sincerity from aishah,steadfastness from fatimah..”
gambar hiasan

Jom hayati lirik lagu dibawah:

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


Tuesday, March 6, 2012

MIMPI

ASSALAM READERS..
Pertama sekali ianya berlaku pagi tadi,apabila ak pulang dari kerja dan cuba melelapkan mata untuk seketika.Bukanlah omongan kosong tapi pengalaman ini tidak pernah ak alaminya.Pengalaman apa?Pengalaman terasa kalimah ALLAH betul-betul berada diatas kepala.okei teruskan………..


Baru sahaja ingin melelapkan mata,terasa diriku seperti dihempap batu besar yang membuatkan seluruh badanku terasa amat berat untuk bangkit dan dalam bayangan mata jelas menampakkan kalimah ALLAH dalam tulisan jawi.SUBHANALLAH.hangat airmataku mengalir dipipi.Terasa diriku amat kerdil,amat2 kerdil.Apakah tanda semua ini Ya Allah.hampir lebih kurang 1-3 minit ianya terjadi tapi seolah-olah seperti begitu lama.Ya Allah.Mungkin ad hikmahnya yang ak masih lagi tidak dapat betul-betul memahami.

“Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

~sekian~

empty ?

*AWAS,entry pendek !

Kau bilang mereka tak tahu siapa diriku.Sedangkan kau juga begitu...segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa..kosong.kosong..
setiap detik diperhatikan kau cari cara putar belitkan.
kau jadikan diriku.kosong..kosong..
kini ak bangkit membuktikan yang ku tak sakit dengan segala perit yang kau berikan.
kini ak pantas berjalan bergerak ke hadapan dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar..kosong..kosong.

gambar terbaru.hihi.dan yang pasti gambar ini tiada kaitan dengan entry diatas.HARAP MAKLUM


Monday, March 5, 2012

JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA

Assalam readers..
Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.
Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.
NOTAJARIJEMARI : Artikel iluvislam.com

Sunday, March 4, 2012

BOSAN TENGOK BLOG SENDIRI

assalam readers..
huhhh !! sangat menyampah bila tengok blog ak ni..macam boring je,memang boring pun kan..hahaha..tuan empunya blog sendiri pun bosan apatah lagi korang kan..naek berbulu mata tengok blog yang ntah pape ni..bila dah takde idea,camgini la jadinya..terkadang bila idea datang mencurah-curah seperti air hujan,idea ak akan kuar mencurah-curah bila masa ak nak pejamkan mata aka tidur..dan itu sangat-sangat menganggu konsentrasi ak untuk tidur,hehe.dan ak tidaklah berkesempatan untuk menaipnya(almaklumla,busy mengalahkan PM)kihkihkih.dan terkadang juga kekeringan idea bak ikan kering..huhu..ad kaitan ke?lantaklah..okeih,itu saje yang ak nak bebel untuk entry kali ini..

notajarijemari:: entry ini amatlah meroyan dan meraban..sekian

Saturday, March 3, 2012

PATAH SERIBU : SHILA AMZAH~


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…