Sunday, April 29, 2012

kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah?

Assalm readers ..
pernah anda tertanya2 kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah(bukan jodoh kita) ?
SEBAB 

>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,kita masih ad rasa syukur pada ketentuan ALLAH. 

>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,khas untuk diri kita.. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG,kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita,dan dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan... 



jodoh itu rahsia Allah

>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita lebih faham bahawa..cinta yg terbaik hanya ad BERSAMA ALLAH. 


>> memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita…lebih mengenali kehidupan yg tak selamanya kekal.




::Saat kita MENGETAHUI dia bukan jodoh kita..jika ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati..JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI.. Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..sehati, sejiwa, seiman dan seakidah.InsyaAllah, semuanya kerana Allah ::



Orang yang kita cintai tidak semestinya dia adalah jodoh kita,dan orang yang kita benci tidak semestinya dia bukan jodoh kita..


sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik untuk diri kita.. terima kasih Ya Allah , Alhamdulillah ;)

Tuesday, April 24, 2012

MUSIM PATAH HATI

Assalam readers tak lupa juga stalkers..

hatiku ini dulu pernah patah ditikam,ditoreh kata janji dan sumpah.
tercedera ak luka berdarah lemas dilanda bah.
lemah dan lelah.
tersadung kakiku jatuh rebah mencium tanah saat dikerah untuk berpisah.

hatiku ini dulu pernah sengsara ditinggal pergi si pendusta cinta.
dihumban ke tepi si pemuja yg alpa.
dibuang sang pencinta yg memungkiri kata setia.
hancur hati saat dikhianati kekasih yg kononnya sahabat sejati.

bersama jam ak berputar detik demi detik berteman kecekalan.bangkit ak dari kejatuhan.
ak beredar dari lautan kekecewaan tekad bersulam semangat keazaman buat menyembuh luka.

ak akan jadi seteguh karang di laut takkan pernah hancur sekalipun tenggelam ke dasar laut terdalam.
ak akan jadi bunga yg mekar mewangi sekalipun tanpa kumbang disisi.
ak akan jadi segagah mentari berkilau,terus menyilau sesudah malam berlalu.
HANYA MASA YANG DAPAT MEMBERI KESEMBUHAN

telah ternoktah di azali terselit rahsia tersembunyi utk setiap yg terjadi.
hanya Dia Maha Mengetahui,kau bukan yg terbaik untukku.
saat kau tutup pintu hatimu,terbuka gapura kasihNya buatku.
saat kau melangkah pergi terbentang limpahan rahmat di hadapanku.
saat kau hiris kepingan hati agar setajam mata belati.

keimanan pengubat jiwa,masa menentukan segala.
kalah bukan ak mengalah,ak utuh berdiri gagah.
pergilah kau mengheret pilu.hilang bersama sendu,lenyap membawa rindu yg tak pernah ku perlu.

berhijrahlah dikau wahai diriku.ayuh berangkat dari daerah sepi yg tak punya erti.hanyalah bersenjatakan kekuatan rohani.

yang patah kan tumbuh,yang hilang akan berganti.
kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan,itu janji Tuhan yang pasti.
tiap hembus nafas menjadi saksi,ak boleh teguh berdiri walaupun tanpa dikau yg pernah ak kasihi.

SEKIAN,wassalam...

Friday, April 20, 2012

RAMALANKU BENAR BELAKA

Assalam readers and stalkers ..
entry kali ni kembali ke genre biasa iaitu jiwang berkarat..hihi
jom layan~

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah
hai,saya xde kaitan dgn entry ini

Wednesday, April 18, 2012

Sunday, April 15, 2012

INFO KESIHATAN : GASTRIK

Assalam readers..


Entri kali ini berkenaan info kesihatan. tinggalkan seketika entri-entri ala2 jiwang berkarat itu.hehe..

Baik,apa yang anda tahu tentang gastrik? yaya yakin ramai yang pernah dengar tentang gastrik tapi tidak ramai yang tahu tentang definisi,tanda-tanda,penyebab dan juga rawatannya.tapi pada zaman sekarang ni, search je semua boleh dapat,betul tak? Sebagai jururawat,yaya rasa ada tanggungjawab dalam memberi info-info sebegini.okay,kita teruskan.yaya ringkaskan seperti dibawah.

Definisi gastrik :  Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

tanda-tanda Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
tanda-tanda lain :
  • > Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • > Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • > Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • > Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • > Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

penyebabPerut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
rawatan :
  • *Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat.
  • *Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!
  • *Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • *Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.
  • *Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain.
  • *Elakkan makan terlalu kenyang.
  • *Elakkan cuka, makanan yang pedas.
  • *Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • *Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • *Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti Milk of Magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • *Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi 
gastrik terbahagi kepada 2 :
·         > > Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
     >> Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit

notajarijemari :: yaya pun ad masalah gastrik ;( sama2 lah kita jaga pemakanan kita..

Wednesday, April 11, 2012

JANGAN PERNAH BERJANJI ANDAI........

Assalam readers dan stalkers 


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
kata Ustaz Azhar Idrus 
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.dan yang paling penting untuk kaum adam, HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..."




Sunday, April 8, 2012

air dan mata

Assalam readers ^_^
Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku..
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini...
wassalam..
hasil perkongsian iluvislam

Sunday, April 1, 2012

MAAFKAN AKU WAHAI HATI

Assalam readers dan juga stalkers 
maaf hati , ak tidak jujur ..
Hati,
Maaf ye ..
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri kan?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ye ..
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah..
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ..
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya..
hati2 jaga hati ^_^
wassalam ..
perkongsian bersama iluvislam