Thursday, March 8, 2012

HARI WANITA SEDUNIA

Assalam semua..
Hari ini tanggal 8mac 2012,tarikh setiap tahun yang mengiktiraf wanita seluruh dunia.
Apa yang anda tahu tentang hari wanita sedunia?
Hari wanita sedunia adalah satu hari yang meraikan pengorbanan dan peranan seorang wanita terhadap agama,negara dan keluarga terutamanya.banyak pengaruhnya insan yg bergelar wanita ini,wanita adalah kejadian terindah yang dicipta Allah s.w.t untuk penyeri dunia dan pelengkap kepada seorang insan bernama lelaki.itu fitrah.perempuan untuk lelaki dan lelaki untuk perempuan.perlu saling melengkapi.sempena hari wanita sedunia hari ni, wahai lelaki hargailah wanita dalam hidup anda terutama ibumu dan kepada kaum wanita sendiri,hargailah diri anda...

“Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia”

“learn patience from asiyah,loyalty from khadijah,purity from maryam,sincerity from aishah,steadfastness from fatimah..”
gambar hiasan

Jom hayati lirik lagu dibawah:

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


No comments:

Post a Comment