Assalam readers..
Agak keterlaluan saya rasa kalau menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai lesung pipit itu cacat.Tapi tahukah anda apa itu lesung pipit dan macamana ia boleh berlaku?okei,jom baca..
Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan oleh otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua,keadaan ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.
Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi..
Menurut sumber juga,lesung pipit adalah penyakit keturunan.peratusan untuk menurun kepada anak adalah sebanyak 25-50%.
Sumber : Wikipedia
tol tol... lesung pipit adalahsqtu kecacatab.. tp bknlah cacat yg memburukkan.. hehehe.. nice sharing
ReplyDeleteyup2 .. so, sape2 yg ad lesung pipit jgn la merendah diri .. kerana ia adalah ssuatu yang manis dan menarik d pandang =)
ReplyDeleteTak pernah pula dengar orang kata lesung pipit tu kecacatan. Buat tambah comel ade la. Haha.
ReplyDeletehaha .. kannn .. dari segi perubatan ia adalah satu keabnormalan tapi ia tidaklah sesuatu yang merbahaya untuk kesihatan.dan tak dinafikan org yang ad lesung pipit ni membuatkan wajah comel dan manis ..kamu ad lesung pipit ?hihihi ;)
ReplyDelete