Wednesday, April 11, 2012

JANGAN PERNAH BERJANJI ANDAI........

Assalam readers dan stalkers 


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
kata Ustaz Azhar Idrus 
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.dan yang paling penting untuk kaum adam, HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..."




Sunday, April 8, 2012

air dan mata

Assalam readers ^_^
Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku..
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini...
wassalam..
hasil perkongsian iluvislam

Sunday, April 1, 2012

MAAFKAN AKU WAHAI HATI

Assalam readers dan juga stalkers 
maaf hati , ak tidak jujur ..
Hati,
Maaf ye ..
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri kan?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ye ..
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah..
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ..
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya..
hati2 jaga hati ^_^
wassalam ..
perkongsian bersama iluvislam

Thursday, March 29, 2012

PELANGI SELEPAS HUJAN

Assalam readers and stalkers ..
jom tukar persepsi.. 
Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan...

Allah bagi ujian sebab sayang. kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran.kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada DIA. kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. kan?Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. kan?

Jadi, jangan putus asa. jangan pernah putus asa. Rahmat Allah sentiasa ada insyaAllah....

Dah boleh berhenti dari menangis. dah boleh kesat air mata. dah boleh lupakan segalanya. dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa... 

Ujian itu tanda kasihNYA pada kita, DIA menilai dari bagaimana kita tangani ujian yang didatangkanNYA. AturanNYA cukup sempurna jgn calitkan dengan keraguan kerana yakinlah, sesudah ujian didatangkan, pasti ada bersamanya penyelesaian & peringatan. SENYUM ^_^


dan ketahuilah ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)

wassalam...

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

taktau nak cakap apa,kesian kucing ni..hhihi.. tapi comel ..kikiki =)

Tuesday, March 27, 2012

DUHAI KEKASIH

Assalam readers dan stalkers ^_^


Duhai Kekasih…

Perasaan yang lahir dari hati ini,
Kerana kasih dan cinta Ilahi,
Kudus murni bagaikan permata suci,
Dan di sinilah segalanya dimulai.

Duhai Kekasih…

Bibir ketandusan ungkapan berbicara,
Untuk meluahkan rasa cintaku pada-Nya,
Petunjuk Ilahi menderai bahagia,
Kerana itulah cinta yang sebenarnya.
Wahai Tuhan kurniakan kekuatan jiwa,
Untuk ku buktikan cinta-Mu tiada kecewa,
Namun apakah dirinya bisa menerima,
Di kala aku sukar menyusun bicara.
Aku redha pada ketentuan-Mu nanti,
Usah leraikan apa yang sudah dipatri,
Andai dirinya tercipta untuk diriku ini,
Satukanlah hati kami kekal abadi.

Duhai Kekasih…

Andai daku bisa menyusun bait kata-kata,
Peliharalah kesuciannya dari dosa dan noda,
Bersemilah kasih kekal selamanya,
Bahagia abadi kekal hingga ke syurga.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday

"hai nama saya emon,saya xpernah naik kete.sebab tu saya nak tengok apa yang bergerak2 tu.macam cantik je mende yang warna hijau tu.eheee"

notajarijemari ::kucing pun pandai menikmati keindahan alam.hihihi