Wednesday, April 11, 2012

JANGAN PERNAH BERJANJI ANDAI........

Assalam readers dan stalkers 


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
kata Ustaz Azhar Idrus 
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.dan yang paling penting untuk kaum adam, HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..."




4 comments:

  1. yupp betul tuhh . I sokong entry YOUU nehhh . sudikan diri keee aisyahaqila.blogspot.com atau cartahati143.blogspot.com

    ReplyDelete