Sunday, April 15, 2012

INFO KESIHATAN : GASTRIK

Assalam readers..


Entri kali ini berkenaan info kesihatan. tinggalkan seketika entri-entri ala2 jiwang berkarat itu.hehe..

Baik,apa yang anda tahu tentang gastrik? yaya yakin ramai yang pernah dengar tentang gastrik tapi tidak ramai yang tahu tentang definisi,tanda-tanda,penyebab dan juga rawatannya.tapi pada zaman sekarang ni, search je semua boleh dapat,betul tak? Sebagai jururawat,yaya rasa ada tanggungjawab dalam memberi info-info sebegini.okay,kita teruskan.yaya ringkaskan seperti dibawah.

Definisi gastrik :  Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

tanda-tanda Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
tanda-tanda lain :
  • > Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • > Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • > Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • > Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • > Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

penyebabPerut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
rawatan :
  • *Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat.
  • *Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!
  • *Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • *Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.
  • *Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain.
  • *Elakkan makan terlalu kenyang.
  • *Elakkan cuka, makanan yang pedas.
  • *Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • *Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • *Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti Milk of Magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • *Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi 
gastrik terbahagi kepada 2 :
·         > > Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
     >> Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit

notajarijemari :: yaya pun ad masalah gastrik ;( sama2 lah kita jaga pemakanan kita..

No comments:

Post a Comment