Sunday, April 1, 2012

MAAFKAN AKU WAHAI HATI

Assalam readers dan juga stalkers 
maaf hati , ak tidak jujur ..
Hati,
Maaf ye ..
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri kan?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ye ..
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah..
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ..
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya..
hati2 jaga hati ^_^
wassalam ..
perkongsian bersama iluvislam

2 comments:

  1. Nice dear.. Yes kita ni byk seksa hati kite kan.. Ena pun ade seksa hati gak, selalu kot.. Hurmmm now pun tgh hati xsenang.. Huaaa.. Namun tabah jelah ek

    ReplyDelete
  2. yup..seboleh-bolehnya kita nak jaga hati kita tapi kadang2 kita xsedar pun kita seksa hati kita..lagi2 kita ni perempuan,hati lembut sangat macam kapas kan..hehe

    ReplyDelete